Bila memancing dari darat, aku lebih menyukai memilih tempat pancing yang berbatu. Dan menjadikan udang hidup sebagai umpan. Waktu yang aku pilih sudah semestinya di sebelah pagi masa air bergerak turun surut iaitu dalam pukul 1pagi hingga 3pagi. Kerana pada masa ini lah ikan siakap bergerak menyusur di tepi tepi batu mencari makanan dan kemudianya ia akan pergi ketengah laut pula. Begitu juga dengan udang, Dari sekor ke sekor kita akan nampak ia berenang dan berehat seketika di atas atas batu dahulu sebelum ia pergi ke ketengah. Udang jenis ini dipanggil udang putih,kerana ia berwarna putih. Tapi ada juga orang panggil ia udang jala. Sebabnya bila menjala disungai mesti dapat udang ini. Kalu dibandingkan dengan udang jantan atau udang pasir, Udang putih lah yang paling terbaik dibuat umpan pancing siakap. Ini kerana jenis udang putih ini memang tak reti duduk diam apalagi nak bersembunyi di sebalik batu walaupun ia menyedari ada ikan sedang memerhatikanya tetap ia tidak akan diam atau bersembunyi di balik batu macam udang jantan/pasir/keras. Semakin ikan perhatikanya semakin menjadi jadi ia bergerak kesana kemari sehinggakan ikan yang sudah kenyang terpaksa menyambar udang itu kerana tak tahan tengok reaksi udang itu yang bagai mencabarnya. Tapi sayangnya udang putih jenis yang cepat mati, bila dipelihara didalam tong mesti ada oksigen,dan airnya pula hendaklah selalu diganti, kalau tidak ia akan mati. Berbanding dengan ketahanan nyawa udang jantan udang pasir atau udang keras yang boleh hidup sejam lebih tanpa air. Tapi sayangnya udang jantan ni tak bagus dibuat pancing siakap kerana ia jenis udang yang suka duduk diam di dibalik batu. menyebabkan ikan yang lalu lalang di disitu langsung tidak menyedari ada udang di sebalik batu hahaha. Jadi kalau hendak Memancing siakap pilihlah udang putih jangan pakai udang jantan. Selamat mencuba. |
Isnin, 13 Mac 2017
Laman Utama »
» Memancing siakap pilihlah udang putih jangan pakai udang jantan