Translate

Rabu, 14 September 2016

Pancing: Anak kerapu

sekarang ini dibulan september banyak ikan kerapu yang bersize kecil dengan memiliki kepanjangan badan dibawah ukuran 3inchi.

terlalu kecil dan tidak sesuai untuk dijadikan makanan kita.

Akan tetapi ikan berukuran kecil sebegini sangat sesuai untuk dipelihara atau diternak didalam sangkar ikan sahaja, dan bukanya diternak didalam perut kita.😜

Dalam proses ternakan Didalam sangkar bagi pembesaran ikan tidak lah terlalu lama sehingga sampai bertahun tahun. Tapi hanya mengambil masa dalam tempuh 5 atau 6 bulan sahaja ikan tersebut sudah mencecah berat sehingga setengah kilogram atau lebih.

Pemakanan untuk ikan ternak seperti kerapu adalah ikan juga. Akan tetapi ikan tamban gila atau tamban tiram tidak boleh dijadikan makanan untuk anak kerapu. Kerana tamban gila atau tamban tiram ada memiliki terlalu banyak tulang yang boleh menyebabkan anak kerapu mati tercekik apabila memakanya.

jadi guna ikan yang tidak terlalu mempunyai banyak tulang. dan juga tulang tidak terlalu keras.

Didalam tips memancing anak ikan kerapu adalah sangat mudah. Kerana apabila tiba musim anak kerapu, kita akan dapat melihat anak ikan kerapu di celah celah batu dan juga berada pada tiang tiang yang berumpai serta berkupang. hanya umpan yang kita gunakan saja perlu sesuai dengan kegemaran nya.. baru lah kita boleh mendapatkanya dengan banyak sehingga kita sendiri tidak larat untuk memancingnya c0z penat menarik dan membuka kail pada mulut ikan. Umpan kegemaran anak ikan kerapu itu adalah anak udang gantung atau anak udang bongkok. udang ini hanya berada di anak suak atau anak sungai yang kecil. Bentuk udang ini sama seperti bentuk udang galah. cuma bezanya udang bongkok ini duduknya disungai air masin. cubalah ye.

Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.