Translate

Sabtu, 10 September 2016

PERTAMA KALI BELIUNG MERENTAS KAMPUNG

Pada hari jumaat 9 september 2016.

Kg pasir puteh telah dilintasi pusaran angin beliung yang mengakibatkan banyak rumah penduduk rosak, diantara kerosakannya ialah bumbung ranap dan ada juga tembok rumah yang pecah. Mujur lah, pada waktu kejadian itu tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Mengikut cerita dari seorang penduduk kg (yang hanya mahu dikenali namanya sebagai Z one) mengatakan: Lebih kurang dalam jam 2 petang, selepas orang sembahyang jumaat langit telah berubah menjadi gelap. Lebih kurang dalam setengah jam selepas itu, hujan mulai turun dengan begitu lebat berserta angin kencang. Selang beberapa mini selepas itu telah kelihatan dari arah sungai lumpur ada satu objek tinggi berwarna hitam. seperti asap. bergerak di atas pucuk pokok juga diatas bumbung rumah dan turun kepadang KKM. Dan naik semula ke udara lalu melencongkan arah ke kubur lama dijalan damai. Dari jalan damai ia bergerak lagi menuju ke padang SKPP, jalan bahagia, jalan sek agama, jalan muhibbah dan terus menuju ke tambak bersebelahan sungai cupak dan berakhir disitu.

Menurut cerita dari seorang kawan yang kebetulan sedang memancing di hadapan kuala sungai cupak ketika itu menceritakan. Masa hujan turun lebat, mereka ada nampak satu benda berkepul, macam asap dekat jeti terminal batam kat port (bekas pulau tukang dan kampung pasir merah ) Mereka menyangka ada benda terbakar. So buat bodoh je lah. Buat apa nak kecoh kecoh bomba kan ada kahkahkah. Selepas itu mereka melihat benda macam pelik pulak. mangkin tinggi, sama tinggi dengan atap kilang.. dan berjalan di atas jeti pelabuhan terus pergi ke sime sembawang dan masuk ke sungai lumpur dan hilang.

Begitu lah cerita dimana permulaan dan berakhirnya pergerakan serta laluan angin beliung yang telah berjaya diketahui. (DARI SEMPADAN SEBELAH BARAT KE SEMPADAN SEBELAH TIMUR KAMPUNG)

kalau nak tahu berapa jumlah rumah yang rosak akibat bencana, tanyalah KETUA kg atau AJK atau tanya JKM ke APM atau tanya kat BALAI. Kalu nak mudah lagi baca je la surat khabar 😀

sebab

Aku tak buat liputan/penyelidikan atau siasatan mengenai jumlah rumah yang rosak 😀.

Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.