tentu ramai kaki kaki pancing yang pernah mendapat ikan tekok.. termasuklah diri saya sendiri pernah mendapat ikan tekok, boleh dikatakan setiap kali pergi memancing mesti akan dapat seekor tekok.. kadang besar dan kadang kecil… pada mulanya saya tak suka pada jenis ikan ini kerana ada sikit menyampah pada warna bentuk dan bunyi tekok itu… jadi bila dapat ikan tekok mesti saya akan buang semula kelaut.. pada satu hari tu saya kelaut untuk memancing bersama seorang kawan yang dah berumur.. lebih kurang hampir 50 tahun la umur nya.. namanya tak perlu lah saya sebutkan disini. dalam jam 10 pagi kami berdua dah pun bergerak kelaut dengan menggunakan sebuah bot kecil untuk nemancing. sasaran pancing kami ialah di TANJUNG GEMUK.. setibanya kami tiba di lokasi target, saya pun menurunkan sauh dan selepas itu macam biasalah kami akan memancing dan berbual bual sementara menunggu ikan memakan pancing kami. tengah sedap kami berbual tiba tiba tali pancing saya ditarik ikan. apalagi saya terus menyentap la tali pancing itu. masa saya menarik tali pancing itu saya dapat rasakan seperti tarikan ikan tekok 😀 saya terus tarik naik pancing itu dan melihat memang benar tekok yang makan pancing saya. saya pun buka dan hendak melepaskan semula tekok itu kelaut, tetapi kawan melarang dengan berkata: jangan buang saya nak katanya… maka tak jadilah nak lepaskan itu tu kelaut. kata kawan saya (otai) tekok ni sedap, kalau tak percaya balik nanti selepas di masak awak rasa la.. untuk menendekan cerita keesokan harinya member pancing call suruh datang umah suruh rasa daging tekok. saya pun kerumahnya.. bukan sebab nak makan tapi kerana nak jaga hati dia lah.. setibanya saya di rumahnya. kebetulan dia tengah makan bersama ahli keluarganya.. bila dia nampa saya terus dipanggil masuk untuk makan… . rezki jangan ditolak.. saya pun makan dan merasa tekok goreng… sedap juga tekok.. sejak dari itu bila dapat ikan tekok saya akan bawa balik kerumah untuk di goreng.. sekian saja…
……… kenanger………