Translate

Sabtu, 9 Julai 2016

pancing belanak

bila kita duduk di pantai pasti kita akan dapat melihat ikan belanak berenang renang di permukaan air untuk mencari makanan… kadang kala bila kita melihat ikan ikan tersebut banyak berenang di atas permukaan air timbul keinginan dalam hati kita untuk menangkap ikan belanak tersebut… dan dari situ lah kita mula berfikir apakah cara yang paling mudah untuk mendapat kan ikan tersebut… sudah tentulah dalam pemikiran kita pancing lagi senang.. kerana joran pancing mudah dibawa juga mudah digunakan dalam apa jua keadaan sekalipun.. jika anda memilih jorang pancing sebagai usaha untuk mendapat kan ikan belanak tersebut saya akan mengongsikan sedikit tentang upan yang paling mudah didapati dan digemari ikan belanak.. sebelum itu saya ingin membertahu tentang size tangsi yang di gunakan hendak lah halus contoh 12pound. dan mata kail yang di gunakan juga mestilah halus sebagai contoh kail size 8 dan pasangkan timah yang ringan sahaja dan gunakan pelampung kecil… setelah siap peralatan pancing anda maka umpanya pula gunakan  roti potong yang telah di rendam didalam air. cubit sedikit dan cangkukan pada mata kail anda dan campak pada kail anda di tengah2 kumpulan ikan belanak tersebut. dijamin langsai umpan di kail anda… roti potong adalah umpan yang terlalu mudah didapati dimana mana kedai kedai runcit dan pasaraya ..
itulah saja yang hendak di kongsikan kepada anda…
selamat mencuba… 


…………… ..kenanger😍

Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.