Translate

Selasa, 12 Julai 2016

CARA MUDAH PANCING SIAKAP

Tahukah anda memancing siakap pada waktu malam lebih mudah daripada memancing pada waktu siang, teruma memancing di kawasan tepian tambak yang berbatu.. Jika dikawasan anda memancing sememangnya ada ikan siakap,dalam tempuh masa yang begitu singkat siakap akan memakan pancing anda.

Dan anda tidak perlu menunggu lama sehingga berjam jam untuk mendapatkan ikan siakap jika anda mengikut tips yang saya akan berikan di bawah ini.

1) gunakan umpan udang hidup. 2) guna pelampung. jarak antara pelampung dan mata kail lebih kurang setengah depa. 3) gunakan lampu berwarna kuning atau oren. 4) suluh di tepi tepi batu dengan menggunakan lampu kuning atau oren, jika ada kelihatan ada 2 warna merah berbentuk bulat yang menyala (mata ikan siakap). kemudian tutup lampu, selepas itu campak lah mata kail yang berumpan udang hidup di tempat anda melihat 2 warna merah menyala tadi.

dijamin kail anda akan di sambar siakap. melainkan siakap dah kenyang sahaja tidak akan memakan umpan didepan mata.

cuma itu lah saya yang hendak saya kongsikan bersama. selamat mencuba dan berhasil. .............

NAER

......😝
Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.