Translate

Ahad, 31 Julai 2016

cara mendapat kan umpan ruat

Masih ingat lagi tak pada masa dahulu sewaktu hendak pergi memancing .

Cangkul dululah perkakas pertama yang dicari untuk dibawa mencari umpan..

Setelah mendapat cangkul baru lah bergerak kesungai atau ke pantai untuk mencari umpan ruat..

Bila sudah sampai di sungai atau pun pantai.

Perlahan lahan saja kita melangkah kan kaki sambil mata mencari cari dimana mata ruat berada.. Sambil menjeling kan mata kekanan dan kekiri..

setelah berjumpa dengan anak anak mata ruat yang di cari.

selalunya kita akan memilih mata yang besar dan banyak, Barulah menggali..

selalunya kita akan memilih mata yang besar dan banyak, Barulah menggali..

kerana size ruat mengikut besar nya mata. banyak mata pula menunjukkan adanya banyak ruat.

Kadang kala ada saja perkara lawak yang berlaku sewaktu ksedang mengali umpan. ada yang mata cangkul tertanggal ada pula yang terbang kahkahkah .. ada pula batang cangkul yang patah hahahaha,dan macam macam lagi lah.

Tapi itu dulu,sekarang ni dah tak lagi ... kuang kuang kuang..

Kan awak kan 😍

hahahaha 😀

Sebab sekarang ni khidmat cangkul mencangkul dah jarang digunakan kerana sudah ada cara paling mudah untuk mendapatkan ruat..

Mudah saja caranya.

  • 1) ambil stokin kaki.
  • 2) ambil segenggam beras atau 2 ke 3 keping roti bai berwarna putih dan masukan kedalam stokin tadi.
  • 3)rendam kan stokin yang berisi beras atau roti kedalam air laut..
  • 4) Perah kan stokin yang sudah direndam kan tadi pada gigi air. (sewaktu air laut sedang bergerak turun surut)..
  • Bila nampak ruat itu keluar. Cekak tengkok ruat tu dan tarik perlahan lahan lalu masukan kedalam tin. Dah dapat sekor.. huhuhuhu..

    by admn naer-3371
    Share:
    Google
    Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.