Translate

Jumaat, 29 Julai 2016

cara menyuluh ikan

Tentu ramai di antara kita yang tidak pernah menyuluh ikan, dengan berpendapat menyuluh ikan itu susah dan ada pula memang langsung tidak berminat untuk menyuluh ikan.

Sebenarnya minat adalah jentera pengerak untuk kita melakukan sesuatu perkerjaan. Tanpa adanya minat sudah pastilah tidak akan terjadi sesuatu perkerjaan itu.. Kerana minat itu juga merupakan sebahgian dari anak kunci pembuka semangat, membolehkan kita berusaha untuk melakukan suatu perkerjaan yang bermutu.. Bila didalam diri sudah tiada minat,maka tiada seorangpun yang boleh memberikan minat itu padanya melainkan dirinya sendiri.

Melainkan Bila seseorang itu mengatakan susah untuk menyauk ikan,sudah berkali kali mencuba tapi tetap gagal untuk mendapatkan walau seekor ikan pun. Walaupun dia mengatakan susah tapi dia terus berusaha sambil mencari cara bagaimana menyauk ikan dengan betul. tanpa adanya rasa bosan dan berputus asa. Dia cuba dan cuba lagi dan terus mencuba hingga terbit matahari kahkahkah.. Orang orang seperti itu lah yang akan berjaya.

Memang betul, pada masa permulaan menyauk ikan itu memang susah. Terutama bila kita belajar sendiri tanpa bergurukan dari seorang manusia yang berpengalaman dalam bidang sauk menyauk ikan. Disini ingin saya mengongsikan sedikit tentang menyuluh ikan. semoga dengan pengongsian cara menyuluh ikan ini dapat menambahkan lagi pengetahuan kita tentang menyuluh ikan.
pertama sekali kita mesti ada penyauk ikan buatan sendiri atau penyauk ikan yang ditempah dari seseorang yang mahir tentang pembuatan sauk ikan buatan tangan. keduanya, mesti ada lampu suluh.
bila sudah ada penyauk ikan dan lampu suluh kita sudah boleh turun kelaut untuk menyauk ikan hahahaha..

ops! nanti dulu. saya belum habis bercakap lagi.tunggu saya habis bercakap baru pergi k hahahaha..

didalam hal menyuluh ikan ni kita tidak boleh tergesa gesa atau kelam kabut seperti di kejar harimau.

kerana sifat tergesa gesa atau kelam kabut itu sebenarnya adalah penyebab utama berlaku nya kegagalan kerna ia adalah sebahagian dari sifat sifat shaitan. jadi buang la sifat itu jauh jauh dan gantikan dengan sifat sabar, kerana sabar itu merupakan sebahagian dari sifat tuhan. hahahaha. Apa kata sebelum kita turun kelaut kita periksa dulu jaring penyauk ikan,periksa betul betul pastikan tiada mata yang koyak.. sekepas itu periksq juga bateri lampu picit kita,penuh atau tidak..

jika ada mata yang koyak,kita jahit la dulu. jika bateri lampu picit malap, kita chas lah dulu sampai penuh..jika penyauk sudah kita persiapkan, bateri lampu picit sudah di chas penuh. mari kita tengok ke langit, lihat bagaimana keadaan lingit mendung ataupun cerah.. buat ramalan kajian cuaca sendiri hahahaha. jika merasa was was dengan kajian ramalan cuaca yang kita buat itu.. cuba tanya pada rakan mengenai kajian ramalan cuaca buatanya pula. bagaimana,ok ataupun k-o hahaha..

jika was was juga, sila dapatkan maklumat mengenai ramalan kajian cuaca di sini  

KLIK SINI

ATAU PUN KLIK DIBAWAH INI

  KLIK DI SINI

selepas kita sudah memdapat maklumat dari sumber yang dipercayai mengenai ramalan cuaca yang menunjukan cuaca cerah. kita suluh ataupun perhatikan pula keadaan di atas permukaan air laut,tenang ataupun berkocak. keruh ataupun jernih? jika kelihatan tenang,dan jernih itulah masa yang terbaik untuk kita turun menyuluh ikan.

ikuti cara dibawah.

Bila sudah berada di laut untuk menyauk ikan pastikan sauk yang kita gunakan itu sentiasa berendam didalam air. Jangan sesekali sauk itu di letak di atas air, bila ternampak ikan baru nak turunkan kedalam air. cara ini menyebabkan ikan lari dan susah nak mendapatkan ikan. sedikit perkongsian yang bermanfaat.
Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.