Translate

Rabu, 7 September 2016

Dah nak musim lingkis ke?

Sejak dua atau tiga minggu yang lalu, anak anak ikan lingkis sebesar satu/dua jari (10mm-26mm/atau lebih kurang 1inchi) sudah mula banyak kelihatan di merata tempat, terutama di tempat tempat yang mempunyai benih kupang. Seperti ditiang tiang atau pada tempat berbatu yang sudah berlumut dan berkupang..


Tempat tempat sedemikian sememangnya menjadi tempat utama untuk ikan jenis ini bermain dan juga tempat untuk mendapatkan makanan.

Ini berlaku kerana disebabkan jenis ikan lingkis hanya memakan lumut dan rumpai saja. Maka tidak hairan lah bila tiba musim ikan lingkis tempat tempat sebegini akan dipenuhi oleh ikan lingkis dan spesis ikan pemakan lumut yang lainya..

Menurut info daripada kaki suluh ikan yang aktif sekarang ini..



Keberadaan anak anak lingkis yang terlalu banyak pada masa ini hanya mengganggu serta mengacau aktiviti menyauk ikan yang mereka lakukan sekali gus melemahkan semangat serta membuatkan mereka menjadi malas untuk menyauk ikan kahkahkah.

Menurut info kaki suluh lagi.

Berkemungkinan dalam tempuh sebulan lagi anak lingkis sudah membesar sehingga 3inchi atau lebih. Namun begitu keberadaan ikan lingkis dewasa tidak akan lama. Mungkin akan berlaku hanya dalam tempuh 2minggu atau 3minggu sahaja. Selepas itu ikan lingkis dewasa akan kembali berkurangan seperti sedia kala.

Catatan info pada 7september16. Lokasi kg/pp/pg/jb. serta kawasan yang berhampiran sahaja!



Berasaskan pada info diatas. Kaki suluh partime hujung minggu, dah boleh ready untuk beraksi sauk ikan lingkis oktober depan..
Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.