Jumaat, 11 November 2016
Laman Utama »
» Ikan gelama mesra pancing
Ikan gelama mesra pancing
setiap kali mengail mesti dapat ikan gelama… lebih lebih lagi kalau tempat kita pancing tu spot gelama, memang banyak lah kita akan dapat ikan gelama. Apalagi kalau pakai umpan ruat, ataupun udang kopek memang belambak gelama kerumun pancing kita…
Lagi syoknya bila kita pasang tiga atau empat mata kail pada pancing kita, memang kena semua.. kail belum jejak ketanah gelama dah makan hahaha.. pada permulaanya memang seronok sangat, hulur tarik ikan, hulur tarik ikan.. Tapi lama kelamaan bila rasa penat melayan ikan gelama sampai… Timbul lah rasa bosan, malas nak melayan ikan gelama… Adapula yang ajak balik, sebab ikan dah banyak sangat, kat rumah tak ada orang nak masak lah, macam macam lah alasan keluar, kahkahkah… Dalam banyak banyak alasan ajak balik rumah keluar, cuma satu alasan saja yang berjaya diterima untuk angkat sauh dan balik rumah… Bila ada yang kata, KAT BAWAH NI ADA BARANG BAIK!
BARANG BAIK!!!!! Bila saja dengar ada BARANG BAIK. semua jadi kecut… Dia tengok dia. dia tegok dia. last last Angkat sauh dan balik rumah terus kahkahkah…. Bukanya takut tapi kecut sebab segan kahkahkah. Bila teringat pesan orang orang tua dahulu. kalau memancing ikan gelama tu hati hati.. jangan terlalu tamak sangat nanti mati… jangan lupa sambil hulur tali pancing tu sambil kira berapa depa batu ladong jejak ketanah.. kalau misal kata kiraan pertama 8 depa. kiraan kedua pula 7 depa. kiraan ketiga 6 depa. Dibawah bot kita ada mahluk jahat, atau hantu puaka ikan gelama sedang naik keatas permukaan air untuk menenggelamkan bot dan kita. wallahu a'lam.