Translate

Isnin, 5 Disember 2016

Kemas kini brim 2017 sudah bermula hari ini.

Semakan Permohonan Kemaskini BR1M 2017 Online(SUMBER DARIPADA

INFO SEMASA

Adalah diingatkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, cukup sekadar membuat kemaskini kepada maklumat pemohon seperti alamat, akaun bank, isi rumah dan sebagainya. Permohonan boleh dibuat secara online dan offline melalui isian borang.

CARA PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BR1M 2017
Permohonan baru dan kemaskini boleh dibuat secara atas talian atau online menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti dibawah. Adalah diingatkan Aplikasi BR1M Dalam Talian tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih. Sila guna laptop atau pc untuk urusan permohonan dan kemaskini.

https://ebr1m.hasil.gov.my/

KEMAS KINI ONLINE BR1M 2017 SEHINGGA 31DISEMBER16

Kemaskini Online BR1M"
Permohonan Dan Kemaskini secara online di laman web LHDN e-BR1M bermula 5 Disember 2016

Permohonan BR1M 2017 juga boleh dibuat diluar talian dengan mengisi borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang boleh didapati di pejabat LHDN, pejabat daerah, pusat UTC, Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan dan lain-lain badan kerajaan yang terlibat.

Anda boleh mendapatkan info atau maklumat berkaitan permohonan dan kemaskini dengan menghubungi talian dibawah

Kementerian Kewangan Malaysia

03-88824565 / 03-88824566


Talian bebas tol LHDN 1-800-88-2716
Email Br1m@Treasury.gov.my

Jadual Pembukaan Kaunter BR1M 2017 di semua Cawangan LHDNM bagi mereka yang ingin berurusan di kaunter cawangan LHDN di seluruh Malaysia

HariLokasiMasa
BekerjaCawangan Semenanjung8.30 pagi – 5.00 Petang
Cawangan Sabah / Sarawak8.00 pagi – 4.00 petang
Cuti Hujung Minggu09.12.2016 / 10.12.2016 / 11.12.2016

(Jumaat / Sabtu / Ahad)

9.00 pagi – 4.00 petang
30.12.2016 / 31.12.2016

(Jumaat / Sabtu)

9.00 pagi – 4.00 petang
Nota:

· Masa pembukaan kaunter adalah tertakluk kepada pindaan

· Pembukaan kaunter pada hujung minggu (minggu pertama dan keempat) dalam bulan Disember 2016 kecuali cuti umum

· 11.12.2016 & 13.12.2016: Hari Keputeraan Sultan Selangor

(Cawangan LHDNM Negeri Selangor tidak membuka kaunter perkhidmatan)

· 12.12.2016 & 25.12.2016 : Maulidur Rasul & Hari Krismas (Cawangan LHDNM tidak membuka kaunter perkhidmatan)

· Cawangan LHDNM yang bekerja pada hari Ahad hingga Khamis, waktu operasi kaunter pada hari Khamis adalah sehingga jam 3:30 petang

Dengan maklumat ini kami harap dapat memudahkan anda membuat Permohonan Kemaskini Online BR1M 2017 dengan mudah. Segala maklumat adalah berdasarkan yang tercatat di laman web LHDN ketika artikel ini ditulis. Rujuk laman rasmi BR1M LHDN untuk lebih lanjut atau sebarang perubahan. Harap maklum.

Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2017 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang adalah bermula pada 5 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.