Translate

Sabtu, 28 Januari 2017

BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini


KUALA LUMPUR: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini menerima khabar gembira apabila bantuan akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang mengumumkan tarikh pengagihan BR1M berharap bantuan itu dapat membantu penerima BR1M.

"Saya lihat ramai tanya di Facebook, Twitter & Instagram mengenai BR1M.

"Sukacita saya maklumkan, Insya-Allah BR1M akan diagihkan bermula 18 Februari ini. Moga dapat membantu," katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, malam ini.

Bagi tahun ini, bantuan yang diperkenalkan pada 2012 itu akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali pada Februari, Jun dan Ogos. - BERNAMA



Duit BR1M 2017 Dalam Bentuk Baucar
Sebahagian kecil penerima yang belum memiliki akaun bank atau tidak memberikan maklumat nombor akaun simpanan semasa membuat / mengemaskini permohonan akan menerima BR1M dalam bentuk baucar yang akan dipos terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau senarai bank lain yang terlibat dengan pembayaran BR1M.

Pembayaran BR1M dalam bentuk baucar turut dibuat secara berperingkat-peringkat dan penerima baucar berkemungkinan akan lewat dapat berbanding penerima yang memilih pembayaran BR1M disalurkan melalui akaun simpanan bank
Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.