Translate

Rabu, 19 Julai 2017

kucing ku mio pergi untuk selamanya

kucing kesayangan ku telah dilanggar kereta yang dipandu seorang perempuan anak warga pendatang indo..

Kejadian ini berlaku pada waktu petang pasar malam iaitu hari selasa 18-julai-2017, pukul 6lebih petang. sebuah kereta proton saga yang dipandu seorang perempuan anak warga pendatang indon telah melanggar kucing ku yang melintas jalan. Mio mengalami cedera parah pada bahagian kepala muka dan mati ditempat kejadian.

apa yang paling menyedihkan aku disaat itu, semasa ia sedang nazak ditepi jalan. aku panggil namanya Miooo, dengan pandangan matanya yang kabur dia memandang kepada ku, terlalu perlahan suaranya menyahut panggilanku sekali gus menghembuskan nafasnya yang terakhir dihadapan ku.. ku usap2 badan mio yang dipenuhi darah kemudian ku bawa nya balik dan kuletak kan mio diatas kerusi didepan rumah untuk ku lihat dan ku usap2 badannya untuk kali yang terakhir sebelum mio aku kuburkan.

menurut kata orang dahulu. kebiasaanya orang yang melanggar kucing hingga mati akan menerima balasan yang sama, sama ada cedera ringan, parah, atau mati ditempat kejadian.. tengok saja lah nanti dimana kebenaran cakap orang dahulu.. dan balasan apakah yang di terimanya nanti diatas perbuatan yang telah dilakukanya itu.

sebagai kenangan…… ku simpan beberapa keping gambar mio disini , agar gambar mio ni kekal ada untuk ku lihat bila setiap kali aku teringatkanya. walaupun mio hanyalah seekor kucing kampung, tidak menarik pada pandangan mata korang, tapi aku tetap menyukainya menyanyanginya walaupun ianya sudah mati…..


Share:
Google
Naer-3371. Dikuasakan oleh Blogger.